A Working Princess

hai hai hai. assalammualaikum saudara saudari chikikebom hahaha
dah lama rasanya tak menaip dekat sini kan. ada yang rindu tak? kihkih

hampir sebulan dah aku jadi working princess. tak plan pun benda ni. semua tiba tiba je jadi. okay ni nak cerita sikit. pada suatu pagi jumaat yang indah. eceh. ibu suruh teman kak mira cari kerja dekat bandar sebab kak mira tengah semester break so takkan nak suruh dia terperap je dekat rumah macam jeruk kan? so aku teman lah. after breakfast dekat sds kita jenjalan cari kerja. apply dekat sds tapi tak dapat, apply dekat kedai handphone, dia suruh tunggu dia call. and entah kenapa ibu ajak pergi onestop superstore. bila sampai je dekat kedai tu nampak ada JAWATAN KOSONG:- SALES ASSISTANT (SA), CASHIER so apalagi!! serbulah!!! hahaha

so, aku apply jadi SA tak berani nak jadi cashier. nanti duit short kang tak memasal gaji kena potong. serious talk masa apply kerja tu, aku ingat kedai kena rompak lah tadi sebab bersepahnya lahai -.- rupanya masa tu tengah buat sale. 50% discount sebab nak habiskan stock lama nanti nak tunggu stock baru untuk kedai rm2 sampai. patutlah macam tongkang pecah je kedai tu hahaha so masa  first day kerja, kekonon rajin sangatlah kan aku kemas lah kedai tu. bila dah siap kemas, kena tolong cashier dekat counter bungkus barang costumers. penatnya lahai :/ first day kerja dah kena OT ish ish..........

tapikan makin lama makin malas dah nak kemas kedai tu -.- makin dikemas makin bersepah jadinya. sabar jelah yob. disebabkan cashier tak cukup maka aku 'dinaikkan pangkat' jadi cashier hahahaha jadi cashier ni bestlah juga tapi tahap sabar kena tinggi lah sebab nak melayan costumers yang bermacam perangai tu kan. cahiser ni bukan selalu ada dekat counter. bila takde costumers, cashier pun kena tolong kemas juga. so double penat lah :(

first gaji? eh aku belum rasa lagi. in syaa Allah soon or sooner dapat juga gaji kihkih nak buat apa dengan duit gaji? hmmmmm buat masa ni memang nak simpan dalam bank je. buat simpanan masa depan :) oh ye. all of my co-workers are the best! they are supporting, funny, ting tong kahkahkah kita orang dah macam family :) semuanya baik baik belaka. supervisor (syahrul) suka belanja minum petang. kejap belanjan pisang goreng lah, keropok lekor lah, ABC lah, cendol lah. kalau bukan syahrul, kak iera yang belanja. memang gemuk lah aku jap lagi hahaha

kena ngurat dengan costumers tu perkara biasa hahahaha lol takde lah. gurau je. siapalah nak ngurat kita ni kan (sian) nak tahu tak? disebabkan aku bekerja ni lah, banyak ilmu yang aku dapat. banyak pengalaman yang aku timba, banyak dugaan yang kena aku tempuh. alhamdulillah, everything was fine. bersyukur sangat sangat dengan peluang yang Allah bagi. tak semua dapat rasa apa yang aku rasa kan? hehe

aku suka gila dengan semua bosses aku. semuanya suka bagi nasihat. semuanya okay lah. tak garang sangat. cuma macam sombong sikit. (sebenarnya tak tahu nak taip apa lagi ni) hahahaha
haa! harini aku off day. sebenarnya hari rabu tu memang off day aku cuma harini boss dengan baik hatinya bagi cuti sebab dekat kedai sekarang takde benda yang nak dibuat. kita orang tengah tunggu stock baru untuk kedai rm2 sampai. in syaa Allah, kalau ikut plan hari isnin ni baru sampai. tapi cuti sehari jelah hahaha dan apabila stock baru dah sampai............ dugaan Allah. kena kerja sampai pukul 9 tanpa gaji OT. bestnya (tangan dibahu), semua off day dibekukan (nanges)

walau macam mana sekalipun, kerja kan ibadah. so, jangan merungut wahai tuan puteri (cakap depan cermin) ikhlaskan hati untuk beribadah kerana Allah. in syaa Allah berkat lah apa yang kita buat tu :)

so, mari cuci mata kejap hahaha
this is our first photo together without our cute supervisor.

supervisor belanja ABC nyum nyum

with kak liza. memang pantang nampak camera hahaha
kak iera and kak liza masa dekat Desa Cemerlang
encik taufek. opss sorry gambar senget hehe
with wawa zainal. ceh ceh
with isma hanis yang suka membebel :p

with kak mira. peewit!
boyfriends dekat kedai lols
baiklah. sampai di sini sahaja ye. nanti kalau ada masa lapang, aku buat entry lagi eh? :) 
jangan rindu kita hahaha 

salam sayyidul ayyam wahai bakal ahli syurga.
thanks for reading.
barakallahu fik.

"awak kalau nak kerja, jangan fikir pasal gaji. fikir pasal ilmu yang awak dapat. pengalaman berkerja macam mana. gaji belakang cerita" - Encik Taufek

"saya bukan boss awak. costumers tu boss. boss kita. kalau costumers takde, siapa yang nak bayar awak gaji? treat them right. treat them like your boss" Mr.Lim