Hai Hai Hai!! Assalammualaikum peeps :D semoga semuanya sihat sihat belaka.
“Theres always be a reason why someone walks into your life and why they left you behind”
– Anonymous
Yup. Thats right. Tak semua orang yang hadir dalam hidup kita akan kekal bersama dengan kita. Mereka akan tinggalkan kita after a few months, couple years and maybe for decades, they stay with us. Sama ada mereka tinggalkan kita buat selama-lamanya atau pergi untuk sementara tapi tak berkesempatan untuk berjumpa lagi.
Sedihkan bila dapat tahu orang yang selalu ada untuk kita whenever we need someone to talk with akan tinggalkan kita? Sedihkan bila dapat tahu semua orang yang kita sayang akan tinggalkan kita? Sedihkan bila dapat tahu bila orang yang kehadiran dia membawa 1001 erti dalam hidup kita but then they will leave us. Rasa sedih, dukacita, patah hati, frust menonggeng and bla bla, hanya Allah yang tahu. Hanya Dia yang mengerti betapa seksanya hati nak berdepan dengan situasi macam ni. Allahuakbar.
Air mata penyesalan, air mata sedih, air mata darah menggalir sekali pun bila Allah dah tetapkan dia akan pergi tinggalkan kita, dia tetap akan pergi walau kita merayu macam mana sekalipun. Siapa tahu suatu hari nanti Allah akan pertemukan kita kembali dengan dia tapi masa akan mengubah segalanya. Mungkin kehadiran dia buat kali yang kedua dah tak bererti lagi buat kita sebab kita dah move on. Kita dah continue our life journey without their existence. Kita dah Berjaya lupakan siapa dia untuk kita dulu dan apabila dia datang kembali, kita takde rasa apa apa. We feel null.
Mungkin kehilangan dia akan mengubah hidup kita. Either to the better one or to the worst one. Alhamdulillah kalau kita Berjaya berubah kearah yang lebih baik after mereka tinggalkan kita. Tapi, inalillah untuk kita sebab kehilangan dia buat kita berubah menjadi semakin buruk. Maybe their existence had changed our life style. Dia ‘bawa’ cahaya baru dalam hidup kita. Dan mungkin apabila Allah perintahkan dia untuk tinggalkan kita, cahaya itu akan terus bersinar atau cahaya itu akan malap sebaik sahaja dia tinggalkan kita. Dan kita seumpama hidup dalam bayang bayang kegelapan yang kita sendiri cipta bila dia pergi dari hidup kita.
Bangkit, bangun, berdiri dengan teguh. Jangan ditangisi lagi kehilangan dia dalam diri kita walau dulu kita pernah kata “Youre the piece of me” Dia hanya serpihan dalam hidup kita. Bukan sebahagian. Bukan nyawa malah bukan denyutan jantung kita. Ingatlah bahawa Innallaha Ma’ana. Dia ada. Selalu ada untuk kita. Dia takkan tinggalkan kita selagi kita tak tinggalkan Dia. Dia, Allah Yang Maha Besar. Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Hadirnya seseorang dalam kehidupan kita adalah dengan izin Tuhan Yang Maha Agung. Ada beribu alasan mengapa Allah hadirkan dia dalam hidup kita. Sama ada untuk dekatkan kita ke mardhatillah atau membawa kita ke dalam kehidupan yang jauh dari rahmat Illahi. Iye, memang self defence tu penting. Tapi ingat, once Allah said “Kun Faya Kun”, siapa kita nak cakap benda tu takkan jadi?
Manusia akan datang dan pergi dalam hidup kita sepanjang kita masih bernafas. Mereka akan cipta kenangan yang berbeza dan kehadiran mereka mengukir senyuman yang berbeza dari bibir kita. Mereka akan tinggalkan kita selepas mereka hadir untuk menceriakan hidup kita, selepas mereka mengajar sesuatu yang berguna untuk diri kita. Iye, mereka akan tinggalkan kita. Takkan ada seorang manusia pun yang akan kekal bersama kita. Mereka hanya pinjaman dari Allah, jika bukan sekarang pasti pada masa depan Dia akan ambil kembali apa yang dipinjamkan untuk kita.
Jadi, bersyukur dengan kehidupan kita sekarang. Hargai setiap insan yang datang dan pergi dalam hidup kita. Redha lah dengan pemergian mereka. Terimalah dengan hati yang terbuka dengan kehadiran mereka. Pasti ada sebab mangapa Allah hadirkan mereka dalam hidup kita dan kemudian Dia ‘ambil’ kembali. Sebab yang kita kena cari, dan ambil iktibar darinya.
Sesungguhnya Dia tahu yang terbaik buat kita. Allahuakbar.
Thanks for reading.
Barakallahu fik.