Syukur.

Assalammualaikum :)

first of all, sebut Alhamdulillah. kenapa? itu menunjukkan yang kita berterima kasih pada Allah. ucaplah Alhamdulillah untuk setiap nikmat yang Allah bagi dekat kita. bersyukur dengan setiap rezeki yang Dia tetapkan untuk kita.

Alhamdulillah untuk keadaan tubuh badan yang sempurna, cantik pula tu. SubahanAllah. besar nikmat yang Allah bagi untuk kita jadi kita kena pandai hargainya. gunakan pancaindera yang pinjamkan oleh-Nya dengan betul. jangan salah guna nanti tak pasal pasal Dia tarik balik nikmat yang sedia ada ni. jadi, Jaga Mata, Jaga Hati, Jaga Mulut, Jaga Telinga, Jaga Diri.

ni nak cakap sikit, bagi yang perempuan tu, janganlah cakap "aku ni hodoh. tak macam kau. kau cantik, ramai orang suka" sesekali jangan cakap begitu. kita ni ciptaan Allah. semua ciptaan Allah tu indah, sempurna, lawa. kau tak hodoh, cuma setiap orang ada kecantikkan yang berbeza. tak semua orang yang lawa, 'cantik' hati dia, 'elok' perangai dia. kan? jadi bersyukur dengan wajah kita, saiz tubuh kita, berat kita. kita sempurna, bukan cacat. wajah kita elok biarpun ada banyak jerawat. 

baba selalu pesan, 

"berkawan dengan orang yang kurang berkemampuan, baru kita boleh belajar bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. kalau kawan dengan orang atas kita, memang susah kita nak bersyukur dengan apa yang ada" 

"kita ni hidup ni tak boleh nak menunjuk yang kita ni mampu beli itu, beli ini, beli macam macam. cuba belajar bersedarhana. tak perlu nak tunjuk kita mewah. duniawi semua tu"

"jangan merungut kalau tak dapat apa yang kita nak. ada orang yang sampai sekarang mak ayah dia tak mampu nak sekolahkan dia"

memang aku mengaku, kadang kadang aku ada juga rasa tak bersyukur dengan apa yang aku ada. sentiasa nak lebih dari abang and kakak. sampailah ada satu hari tu, baba cerita dulu masa baba kecik, pakai baju pun turun temurun dari abang abang baba. ada satu hari tu, atok belikan pak yem (my uncle) baju baru, terus baba tanya atok kenapa baba tak dapat baju baru juga. baba memberontak juga. tapi bila atok cakap "nanti kalau ada rezeki lebih, boleh lah dapat baju baru. sabarlah. ada orang yang tak berbaju pun" hashtag Sentap! 

serious sebak dengar cerita macam tu. masa baba naik pangkat, dia kena pindah dekat sekolah pedalaman and first time masuk sana, terus rasa sebak. terus rasa bersyukur dengan apa yang aku ada :( mungkin nampak life diaorang ni macam biasa je tapi sebenarnya kita tak tahu betapa susahnya parents anak anak yang ada dalam tu nak cari rezeki untuk makan. and, school attire diaorang pun tak lawa macam kita. ya Allah...... 

bagi yang boleh dikatakan sebagai golongan berada tu, janganlah ada sikap riak dalam diri. kekayaan yang kita ada sekarang ni belum tentu boleh bawa kita masuk syurga. buat apa ada rezeki lebih tapi kedekut nak kongsikan dengan orang yang tak mampu. buat apa ada banyak duit tapi tak bayar zakat, tak sedekah? buat apa? 

"(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(At-Taubah: 39)

ingat, kita tak selamanya ada dekat atas. esok lusa, kita akan jatuh juga. bila dah jatuh nanti, baru kau faham macam mana keadaan orang yang dulu kau selalu hina. ingat, balasan Allah itu pasti. jadi, jangan show off. kaya harta takkan bawa kita masuk syurga melainkan kita gunakan harta kita di jalan yang di redhai Allah. 

jadi kawan kawan, syukuri apa yang ada. jangan lupa ucap Alhamdulillah, Terima kasih Allah setiap hari. sebagai tanda kita bersyukur dengan segala nikmat yang Dia pinjamkan. Terima Kasih Allah kerana izinkan kita bernafas di bumi yang semakin tua ni. semoga kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah. ameen.

thanks for reading :)
Barakallhu fik.