secara tiba-tiba,tangan rasa gatal nak menaip ni :3 even though im busy studying Sejarah for my examinataion..its okay.bak kata pepatah, sambil menyelam,minum air..kuikui..
today I want to rant about mum/ibu/umi/mama/mummy/bonda etc
ibu merupakan insan yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.
ibu jugalah yang sanggup mengusung kita di dalam perut sepanjang kita di alam rahim lagi.
ibu yang menanggung sakit ketika hendak melahirkan kita.
ibu sanggup berjaga malam semata-mata untuk menjaga kita ketika sakit.
ibu sanggup menahan lapar hanya sebab nak kita kenyang.
ibu sanggup berhujan semata-mata kerana taknak kita basah.
ibu sanggup berhutang sebab nak tengok anak dia bahagia.
ibu sanggup abaikan niat untuk beli barang kemas untuk belikan mainan untuk kita.
terlalu banyak jasa dan pengorbanan ibu.takkan cukup satu entry.takkan cukup satu jam bahkan takkan cukup kudrat ni untuk menyenaraikannya..
tapi,pernahkah kita berkorban untuk ibu seperti mana ibu berkorban untuk kita?pernah tak terlintas dalam fikiran kita macam mana susah ibu nak besarkan kita?pernah tak kita fikir perasaan ibu bila kita hamburkan kata-kata kesat sewaktu ibu tegur kesalahan kita?
ibu tegur sebab ibu sayang.ibu marah sebab ibu sayang.ibu membebel sebab ibu sayang.ibu cubit sebab ibu sayang.semua yang ibu buat sebab ibu sayang kita..tapi kenapa kita sanggup memaki hamun ibu hanya kerana ibu cakap "jangan" "tak boleh" kenapa?
sedarkah kita ibu hanya mahu kita jadi insan yang berguna buat bangsa,buat negara dan juga buat agama?tapi kita?terlalu 'ikut kepala' sendiri.terlalu mengagungkan kawan.terlalu angkuh dengan ibu.sebab kita fikir ibu mengongkong kita..masya-Allah..anak jenis apa kita ni :'(
dulu,sewaktu kita masih bayi..kalau kita menangis,sepantas kilat ibu berlari untuk mendapatkan kita..ibu sanggup tinggalkan siaran TV kegemaran hanya nak pastikan yang kita baik-baik sahaja.tapi bila kita besar,ibu mintak tolong sikit,kita cakap apa? "kejap la bu" "nantilah bu" bahkan ada yang cakap "ibu buatlah sendiri" Ya Allah,mesti terguris hati ibu :'(
Firman Allah dalam KalamNya:
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]
"Setelah diperintahkan kepada kita untuk mentauhidkan-Nya, yakni dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya sahaja, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa. Ini menjadi ukuran pertama tentang betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka"
"Berbuat baik kepada ibubapa termasuk salah satu bentuk pembuktian akan kemantapan dan kemurnian tauhid kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tidak sempurna tauhid seseorang yang hanya bersolat dan berpuasa akan tetapi dia tidak mengendahkan hal ehwal ibubapanya. Demikian juga, tidak sempurna tauhid seseorang jika dia hanya memerhatikan ibubapanya sehingga melalaikan kewajipan solat, puasa dan sebagainya. Ketauhidan seseorang hanya akan mencapai tahap kesempurnaan jika dia memerhatikan dengan adil ibadah yang bersifat menegak dan mendatar."
Zawawi bin Suparman merupakan seorang anak yatim.Dia telah kehilangan bapa tersayang masa lebaran yang lalu berkata "korang untung masih ada ayah.aku ni...celik je mata.takde sesiapa..ada ibu je" meskipun dia masih mampu untuk menahan kesedihannya tapi bukan bermaksud dia tak sedih kehilangan ketua keluarga dia..lebih-lebih lagi pada usianya yang masih muda.
dalam konteks ini,kita terbalikkan kata-kata zawawi itu untuk ibu..mampukah kita kehilangan ibu kita?pastinnya tak mampu kan?kerana segala keperluan kita ibu yang sediakan.kalau takde ibu?fikir-fikirkanlah..
im very sure that kebanyakkan yang membaca blog ni adalah remaja kan?jadi sering sekali kita dengar,kita lihat tentang segelintir remaja yang begitu mengagungkan boyfriend/girlfriend lebih daripada ibu sendiri..sanggup ber'texting' sampai bengkak jari.sampai bengkak mata.tapi, bila ibu minta tolong sekejap punyalah MALAS..fikirlah siapa yang bagi kita duit?ibu ayah ke 'mata air' tu? sound very funny kalau bf kita tu pun masih diuruskan oleh parents dia orang...hahahahahahah *evil laugh
its now your turn to re-think about your behavior towards your parents.either you are a good son/daughter or you just like 'tanggang' ingatlah sahabat syurga terletak dibawah kaki ibu. syurga yang dekat bawah kaki pun belum mampu nak jaga inikan nak jaga tulang rusuk .___.
i heard about a hadith:
"Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: A person came to Allah's Messenger (may peace be upon him) and said: Who among the people is most deserving my companionship (of a kind treatment from me?) He said: Your mother. He, again, said: Then who (is the next one)? He said: It is your mother (who deserves the best treatment from you). He said: Then who (is the next one)? He (the Holy Prophet) said: It is your mother. He (again) said: Then who? Thereupon he (The Prophet (peace be upon him)) said: It is your father"
sayangi ibu anda sebelum terlambat....