selamat pagi. selamat hari khamis. selamat mendapat result yang cemerlang dalam pmr :D
dari semalam sebenarnya aku macam okay tak okay. entah tak tahu kenapa. malam semalam, tidur awal. lebih kurang pukul sebelas gitu (sangat aneh peristiwa ini hehe) tapi nyamuk punya pasal aku terbangun :/ banyak gila nyamuk gigit. bintat dekat tangan dah macam kena sengat tebuan jewp hahaha then tiba tiba "krok krok" (perut lapar) hahaha since that tak dapat tidur. rasa malam semalam tu lain macam sangat. entah apa yang lain aku tak tahu. time tengah golek golek atas katil tu, all of sudden terdetik dekat hati nak godeh fb pakai phone. so i did it.
tak tahu kenapa tangan ni gatal sangat nak stalk sorang akak ni, then terjumpa blog dia. nak on blog pakai phone macam tak best, so dengan semangatnya on laptop and baca blog dia. time tu baca blog tu, terdetik dekat hati cakap "tak patut buat macam ni ummi. ni masa lalu dia. kau tak payah amik tahu" hati je cakap macam tu, jari laju je scroll mouse, mata tak lepas pandang screen hehe and my heart was right. i shouldnt continue read her blog and suddenly, satu satu benda jahat (jahat tak jahat sangatlah) yang aku pernah buat dulu, semuanya tertayang sendiri dalam minda.
semuanya start daripada aku form 1, and hari pertama buat fb and status dekat fb and kawan kawan dekat fb and gambar gambar dalam fbb and semua tu buat aku macam tak waras ._. and that time, scroll inbox tengok messages and that time i realized, i should let this acc go. i must end her life as soon as possible hahaha and rasa bersyukur sangat bila ada dua email jadi senang sikit kerja hehe so buat lah acc fb baru.
mungkin ramai yang tanya kenapa. oh bukan mungkin. memang ramai yang tanya kenapa. i dont know how to give a short explanation hehe sebab dahh biasa membebelkan. so jawapan yang aku bagi memang berbeza beza hehe tapi inilah jawapan yang real punya.
semakin lama terperap dekat rumah, semakin aku rasa taknak orang kenal aku. dan rasa macam tersangatlah anti-social ._. thats why beriye buat kempen "Unfollow Please" dekat twitter hahaha tapi akhirnya jumpa solution yang sangat bernas yeay! :D ada satu app yang boleh suruh orang tu unfollow kita and i did it :D tapi rasanya dah kena limit jadi macam sedih jugalah kihkih okay focus balik tajuk utama.
rasanya dah fikir habis dah. wajib buat acc fb baru sebab friends yang ada dalam tu 30% je aku kenal, yang lain semua strangers ._. tulah masa buat fb dulu main approve je sesiapa yang add hahaha and bila baca balik inbox i was like "ya Allah, dengan siapa jelah aku chat ni" hahaha most of them memang aku tak kenal pun dan aku tak layan pun chat dia orang. ni yang aku layan ni, aku macam lupa siapa :3 mungkin kami scandal dulu? jk jk. jadi mereka ini semua harus saya tinggalkan dan saya lupakan dan takkan saya ingat siapa mereka dalam hidup saya (ayat drama)
though banyak memories dalam acc tu tapi takpelah. hidup ni perlu diteruskan dan memory tu boleh kita cipta walaupun tak sama dengan yang lama :) and tak perlu rasanya toleh belakang lagi. bagi aku 'belakang' tu sangat hitam, gelap. kalau masuk 'belakang' tu confirm sesat. nau'zubillah.
"ucapkanlah, alhamdulillah atas kesempatan yang Allah bagi untuk kita teruskan hidup hari ni.bersyukur dengan tiap tiap kurniaan-Nya. berterima kasihlah kepadaNya kerana masih diberikan peluang untuk melakukan kebaikan, diberikan peluang untuk berjihad fisabilillah dan yang penting untuk bernafas di bumiNya"
"hidup ni kena toleh depan, jangan toleh belakang"
"masa lalu dah jadi sejarah. mungkin sejarah manis, mungkin juga pahit. dan ia tetap sejarah"
| selamat tinggal masa lalu. sayonara :) |
thanks for reading.
barakallahu fik :)