tepat pada pukul 6.30 pagi. tuan puteri yang cantik ni telah bangun (bangun lambar sebenarnya) dan tergopoh gapah bersiap. sampai tak sempat breakfast -.- dan saya telah menghantar pesanan ringkas kepada rakan saya "Wani, kalau aku lambat, suruh ustazah tunggu jap" hahaha like a boss. tetapi malangnya kami terpaksa menunggu lebih kurang dalam satu jam lah juga di sekolah sehingga menyebabkan saya pergi ke kedai tujuh sebelas untuk beli sarapan dan sedikit jajan. oh kenapa kena tunggu lama sangat? BAS PANCIT MASA OTW NAK KE TUN HABAB. pehhh berita gembira tu -.- tapi alhamdulillah dapat lah tuan puteri makan sampai kenyang hehe :3
okay yang itu intro je. so i would like to share some of the 'inti pati' program hari ini.
kata imam muda asyraf, usia muda inilah waktu yang paling senang untuk berubah kerana para remaja sedang mencari identiti diri. jika baik contoh yang diikut, maka baiklah jadinya. jika tidak, terjadilah sebaliknya. tambah beliau lagi, orang muda yang aktif tidak akan membuang masa mudanya dengan perkara yang sia-sia. jadi the youngsters, kita perlu manfaatkan masa muda kita dengan melakukan perkara yang mendatangkan faedah buat diri, agama, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. in syaa Allah. :)
and during the ceramah, ustaz asyraf ada tunjukkan satu video yang berkaitan dengan kanak-kanak yang dibiarkan seorang diri dalam bilik yang ada kamera serta satu marshmallow di hadapan mereka. kanak-kanak yang berkenan diarahkan untuk menunggu sehingga cikgu mereka kembali tapi tak boleh makan marshmallow tu dulu. kalau mereka tak makan, cikgu mereka akan bagi dua marshmallow sebagai ganjaran kerana mereka bersabar. jadi di sini, kita dapat mengambil iktibar bahawa kita perlu menangguhkan dahulu semua keseronokkan yang ada di sekeliling kita untuk mendapat kejayaan yang berlipat kali ganda pada masa akan datang.
ada 6 tips yang imam muda kongsikan untuk menjadi remaja yang berjaya di dunia dan akhirat.
1. pilih bahan bacaan yang baik
2. pilih tokoh yang bila kita lihat dia, kita akan bersemangat untuk mencapai kejayaan.
3. cari kawan yang boleh bawa kita kepada kebaikan.
4. utamakan ibu bapa daripada kawan-kawan.
" ibu dan bapa adalah yang terbaik buat kita"
5. lakar mimpi. lakar cita-cita meskipun kita tak dapat mengecapinya.
jadi, sampai di sini sahaja coretan pada hari ini. ya saya tahu. penggunaan bahasa agak skema. takpe, demi SPM saya sangggup jadi budak skema :D
"Adakah agama ini akan lemah selagi mana aku masih hidup? Tidak. Tidak. " - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
thanks for reading. barakallahu fik.