assalammualaikum :) entry ni sambungan dari Proses Perubahan #1 - Tetapkan Niat
hmm..masalah tutup aurat ni macam agak susah sikit nak ubah..kenapa?bagi yang perempuan ramai yang akan bagi alasan
"aku nak berubah.tapi baju dekat dalam almari tu semua tak tutup aurat" awak,saya pelik dengan awak,baju yang tak tutup aurat harga beratus-ratus tu mampu pulak awak nak beli kan?tapi kenapa untuk beli baju yang tutup aurat ni awak 'macam tak mampu je' ?
aurat perempuan menurut islam:
seluruh anggota badan kecuali kedua-dua belah tapak tangan dan juga muka.
mungkin susah nak ubah cara kita berpakaian.dulu,aku pun sama.rasa macam susah nak ubah style aku pakai baju.cara pakai tudung..tapi alhamdulillah mampu juga ubah :') kalau susah sangat nak ubah.kita cuba ikut step yang aku buat ni:
- mulakan dengan jatuhkan sanggul rambut tu.maksudnya,tak usah ikat rambut tu tinggi-tinggi macam bola tenis...
- pakai handsocks.okay mungkin ada yang pelik kenapa kena pakai handsocks kan? cuba tengok gambar ni
 |
tengok aurat kita sampai mana.
kenapa kena pakai handsocks juga walaupun kita pakai baju lengan panjang?kerana bila kita angkat tangan,pergelangan tangan masih lagi kelihatan.pergelangan tangan juga aurat...faham tak ni?
- pakai baju longgar-longgar sikit..kalau takde pun.kan boleh pinjam baju akak/ibu ataupun belillah baju muslimah.tak mahal pun..tak sampai RM100 pun...janganlah pakai baju yang macam sarung nangka.
pakai baju longgar buat awak nampak gemuk?tapi pakai baju ketat tak buat awak nampak kurus pun.
- bagi yang bertudung tu.tengok balik cara kita pakai tudung.cara kita pakai baju.pakai tudung.jangan 'meriah' sangat..nanti lelaki tertarik nak tengok kita.bukan tak boleh pakai lawa-lawa.tapi biarlah bersederhana.jangan bermegah sangat pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek.pakai baju dan seluar yang ketat.tudung atas dada..dah bagus dah tu pakai tudung,cuma betulkan balik cara kita berpakaian..
- pakai stokin!wear your socks!!kenapa?kan dah cakap tadi,aurat perempuan kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan..jadi,lepas ni pakai lah stokin ye?takpun,pakai je sneakers dengan baju kurung..cun! :D
- dan ini sedang aku cuba ubah: aurat suara..tahukah anda semua bahawa aurat perempuan itu akan menjadi aurat bila dia melunakkan suaranya dihadapan lelaki ajnabi? :O its shocked me either..
bersama-sama lah kita ubah cara kita berpakaian...and,bila kita tutup aurat dengan sempurna,tetutuplah mata lelaki nak tengok perhiasan kita.bagi muslimah yang bertudung tu nak ulang suara sikit:
- bila pakai tudung,labuhkan tudung tu tutup dada.
- bila pakai tudung,jangan pakai baju lengan pendek dan membiarkan tangan tu terdedah macam tu je.
- bila pakai tudung,jangan pakai baju dan seluar yang ketat-ketat macam nak terlekat dekat badan.malu lah sikit dengan orang yang tengok 'badan' kita.
- bila pakai tudung,jangan sesekali hisap rokok/shisha/dadah.nanti orang akan cakap "macam ni ke orang islam?" jaga nama baik islam.
- bila pakai tudung,mulut tu 'tudungkan' sekali.maksudnya,jangan mencarut.i cant see any benefits you will get when you said harsh words,my dear girls...
may Allah bless us always..pakai lah 'baju islam' bukan 'baju barat'
jaga aurat.lindung aurat.
sayangi diri sendiri.
|