maafkan aku

assalammualaikum :')

di saat kaki ini melangkah megah,
menuju ke jalan Allah,
di saat saat diri ini ingin berubah,
untuk mencari solehah,

mungkin kerana alpa,
mungkin juga kerana terlalu leka,
atau mungkin juga terlupa,
tentang ujian Yang Maha Esa,

terasa diri ini sudah mampu melangkah,
meninggalkan perkara mazmumah,
tetapi tersungkur di jalan hijrah,
saat diri di jalan menuju ke Mardhatillah,

aku akui diri ini hanya insan biasa,
yang kadang kala menyakitkan manusia,
dengan menuturkan kata-kata berbisa,
meski pun hanya bergurau senda,

hati manusia tiada siapa yang mampu meneka,
disebalik wajah yang selalu tersenyum gembira,
dalam diam menahan luka derita,
yang di pendam bertahun lamanya.


maafkan aku ibu,
andai aku selalu mengguris hatimu.

maafkan aku baba,
andai aku selalu 'mengada'.

maafkan aku abang,
andai aku menganggu saat engkau lapang.

maafkan aku kakak,
andai setiap kata membuat kita bertekak.

maafkan aku sahabat,
andai aku merasa diri ini hebat,

maafkan aku kawan,
andai aku ini selalu melawan.

maafkan aku teman,
andai diri ini hilang ketika diperlukan.

maafkan aku cinta,
aku perlukan masa,
untuk mengenal cinta,
 Yang Maha Kuasa.

terasa marah,sakit hati,sakit jiwa bila ada orang bangkitkan tentang dosa yang kita lakukan pada suatu masa dahulu.masih tercari-cari apakah rasional nya dia membangkitkan isu berkenaan di saat hati ini sudah benar-benar melupakan zaman hitam berkenaan...

alhamdulillah.masih mampu berfikir dengan waras.setiap teguran itu kerana sayang.setiap teguran itu mengingatkan kita supaya tidak mengulangi perkara yang sama.and for me,saya menerima semua teguran dengan hati yang terbuka.selagi teguran itu membina serta menguatkan semangat saya untuk terus melangkah menuju ke jalan yang diredhai Allah.

cuma,hati ini terkilan.kisah yang bertahun-tahun lamanya di ingatkan kembali :'/ dont you know that,i need at least 5 years to forget all about my past.and suddenly you remind me about that thing in one second?pehh..serious im crying that moment.terasa diri ini hina sangat.ya Allah banyak nya dosa yang aku buat pada masa lalu aku :'(( 

"sorry if my words hurt u. somehow, we need to face the truth. Alllah ckp dlm quran: Allah itu tak kan mmbebani hambanya sesuai dgn kesanggupan dirinya. akk nak awk muhasabah balik diri awk. muhasabah balik kesilapan2 awk. bkn sng nak berada dlm jalan Allah ini. byk dugaannya. awk pernah tak terfikr yg maybe ada org lain kat luar sana yg masih lagi menyimpan dendam pada awk? kita tak tahu kan. tapi dont worry. adik akak bkn pdendam. maybe dia perlukan masa untuk lupakan kisah silam dia jgk. semoga Allah permudahkan jihad ummi ya :)"

"nahhh. akk nak bg satu ayat quran. bila baca quran, salulah tadabbur(baca tafsir) supaya awk sentiasa rasa yg Allah itu dekat. yg Allah itu sentiasa mahu menolong hambaNya yg kesusahan. Kdg2 bila tgh sedih, bila baca tafsir, kita akan rasa seolah2 Allah itu tgh bsoal jwb dgn kita. Dia beri ketenangan pd kita melalui kalamNya sendri:) ---->Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.(an nisa':28)"

subahannAllah.that ukhti stunned me.walaupun dia 'marah' dengan kesilapan saya yang lalu,tetapi dia baik.tersangat baik..setiap apa yang dia tuturkan membuka mata,membuka hati saya..untuk berubah sepenuhnya..apa yang dia katakan sangat membina..sangat menenangkan jiwa..and now,i adore her so much...

see,i already told you setiap teguran itu bukan untuk menjatuhkan sebaliknya membina semangat yang baru dalam diri kita.walaupun pada mula nya agak sukar untuk menerima teguran itu tapi katakan pada hati "berlapang dada lah menerima setiap terguran orang..Allah uji sebab Allah sayang.."

dengan penuh rendah dirinya saya,Ummi Attiya binti Mohmad Sarif ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap saya.saya hanya insan biasa yang melakukan dosa..doakan penghijrahan ini berkekalan hingga hujung nyawa serta di redhai Allah.kerana saya dah tak mampu nak 'toleh' ke belakang lagi walaupun untuk seketika..dan kalau saya ada buat salah,tegurlah saya..insyaAllah,saya akan terima semua teguran dengan hati yang terbuka :)