InnAllaha Ma'ana

assalammualaikum :'D



"La Tahzan.Innallaha Ma'ana (jangan bersedih.sesungguhnya Allah bersama kita)

sedih adalah satu perasaan yang hadir secara semula jadi dalam diri kita apabila kita rasa dihampakan,dikecewakan.perasaan itu juga boleh hadir sekiranya kita mengecewakan,menghampakan orang lain..

mungkin kita nampak,kita rasa dia okay.dia takde apa-apa masalah.tetapi kita tak tahu apa yang sedang dia lalui.apa yang dia rasa.apa yang dia sembunyikan.hanya Allah yang tahu.dan sesungguhnya dia merupakan seorang hamba Allah yang kuat kerana setiap ujian yang Allah berikan,walaupun pahit untuk ditelan,sukar untuk dilakukan tetapi dia tetap gagah menempuh ranjau kehidupan..Allahu :'/

dia merupaka insan yang cuba untuk menyembunyikan perasaan sedih yang terlampau dengan ketawa..dia cuba berlagak kuat.berpura-pura gembira.tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa dia sukar untuk melakukan pekara sedemikian.

dia cuba melakukan yang terbaik.dia cuba menjadi yang terbaik.tapi kenapa tiada yang mengerti betapa sukarnya dia untuk menempuh dugaan ini bersendirian..di saat oranng yang dia benar-benar sayang menyalah tafsirkan penghijrahannya,dia seakan-akan jatuh terduduk.perasaan hampa,kecewa,marah,sedih, semuanya bercampur-baut.dia masih tertanya-tanya di manakah silapnya..apakah dia yang bersalah..tapi sehingga kini.soalan terus menjadi persoalan..tiada jawapan yang dia dapati..

dia cuba memberi semangat kepada orang lain supaya terus gagah melangkah,terus bersemangat untuk mencapai cita-cita tapi dirinya.dirinya haus dengan kata-kata semangat.dia tenggelam dengan perasaan yang sudah berabad dipendam..perasaan yang dulu nya menyebabkan dia menjadi seorang pemberontak yang hanya ikut kepala sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain..dia penat.terlalu penat untuk menjaga hati orang.hakikatnya dia sendiri yang terluka..

sedang dia cuba mengejar bahagia,dan dia telah leka dengan kebahagian yang tidak pasti..akhirnya dia menyepi.cuba menyendiri..cuba lari dari masalah yang diciptanya..demi insan tersayang,dia tinggalkan semua yang dilihat 'indah' dan dia terus cuba meninggalkan pekara yang indah itu.."sesungguhnya hati ini milik Allah.hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat diri ini"




tetapi,

dia percaya.dia tahu bahawa Allah sedang menguji..dan kerana itu,dia masih gagah berdiri.dia masih mampu berlari..dia percaya bahawa Dia yang Maha Penyayang sentiasa ada di sisinya..di saat dia ketawa,di saat dia berduka lara,di saat dia seakan-akan hilang punca semangat..

kini,dia tetap begitu..masih dalam kepura-puraan.masih menyembunyikan 1001 rasa di hati.baginya tiada yang mampu mengerti kesulitan yang dialami melainkan Dia yang Maha Memahami..

dia masih mencuba unutuk terus bertahan.untuk terus berjalan maju ke depan..dia percaya Allah sedang merncang sesuatu yang terbaik buat dirinya..dan dia akan terus bersemangat untuk mengapai Mardathillah..

ya Allah sesungguhnya 
kekuatan ini adalah kekuatanMu,
kegembiraan ini adalah kegembiraanMu,
kesedihan ini adalah kesedihanMu,
kegelisahan ini adalah kegelisahanMu.
ya Allah,
jadikanlah aku dalam kalangan hambaMu yang sentiasa sabar menjalani ujianMu..
permudahkanlah segala yang telah Engkau persulitkan kepada ku..
Hanya kepada Mu tempat mengadu dan meminta..Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Agung..
Aameen....