assalammualaikum..hari ni saya nak kongsikan sebahagian isi-isi yang terkandung dalam buku La Tahzan - Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni.mungkin entry-entry yang selepas ni adalah sebahagian isi dari buku ni.selamat membaca :D
*********************************************************************************
mengingat-ingat masa lalu dan bersedih kerananya adalah satu tindakkan yang BODOH DAN GILA.lebih dari itu,ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
bagi orang-orang yang waras,fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan bukan dibuka dan dipersoalkan.ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan,diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar.ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai.maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan,tidak dapat diubah dengan dan diperbaiki dengan apa jua kedukaan,tida dapat dihadirkan semula dengan apa jua kegelisahan dan tidakdapat dihidupkan semula dengan apa jua kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada.
jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu,jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu.lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau.adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya?memulangkan matahari kepada tempat terbitnya?mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya?sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya.kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dahsyat dan menakutkan.
hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-yiakan masa sekarang,mengoyak-ngoyakkan perjuangan,memporak-perandakan masa kini.Allah sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampaudan apa yang sedah mereka lakukan "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu" segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka.tiada gunanya lagi menghuraikan dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.
sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri tergilis sama.terdapat ungkapan lama bagi mereka yang suka meratapi masa lalu "Hei,jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka" ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan,mereka bertanya kepada keldai " mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?" si keldai menjawab " aku tidak suka menipu"
malangnya kita tidak mah dan berusaha menangani masa kini sebaliknya sibuk memikirkan masa lalu.kita menyia-yiakan istana-istana kita yang megah sebaliknya kita pula sibuk menguruskan runtuhan bangunan lama.sekiranya manusia dan jin berkerjasama dan bertungku-lumus mengembalikan masa lalu itu nescaya mereka tidak akan berjaya kerana pada dasarnya ia adalah mustahil
sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang kerana hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir juga ke depan,kafilah juga berjalan ke arah depan.justeru jangan lah cuba menentang arusdan aturan hidup,sunnah alam..