minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk untuk aku..kerja rumah pun bertimbun-timbun :/ tu belum kira lagi nak siapkan video pj..its sound possible bila cikgu suruh siapkan video tu just in a week :O serious memang tak boleh..bukan senang nak shot video.nak edit lagi..nak masuk kan muzik..dalam masa seminggu memang boleh siap tapi kalau masa cuti lah :3
disebabkan nak siapkan video pj tu..semua homework tolak ke tepi..delay lahh dulu..thats why jadi menggunung homework nya..ni baru je second week sekolah..nanti bila dah masuk second month macam mana entah ._. akak aku cakap "dah macam orang tak betul je tiya ni" hahaha..seriously,memang tak terurus..makan minum tak terjaga..tidur pukul 1 or 2 pagi..mata dah macam panda...and setiap pagi hampir-hampir terlajak tidur ._. the worst ever 3 hari berturut-turut kena stay sekolah sampai pukul 6..can you imagine that?bangun pagi pukul 5.30,sampai sekolah around pukul 6.30..balik rumah pukul aroun pukul 6.30petang and tidur around 1 or 2.30 pagi..dahboleh bayangkan betapa padatnya jadual aku?betapa letihnya aku?
adalah juga mengadu dekat cikgu anum..my ict teacher..dia cakap anggaplah ni cabaran nak SPM..so,i take it as challenge lah..cabaran yang insyaAllah aku boleh handle selagi termampu..at the same time ada juga tanya dekat dia "cikgu,kenapa tahun lepas tak busy macam tahun ni?tahun ni banyak betul kerja" and cikgu jawab "memanglah..tahun lepas awak takde SPM.sebab tu tak sibuk sangat..tahun ni sebab ada SPM lah awak rasa awak sentiasa sibuk"
and guess what??baru second week dah kena bayar almost 50 ringgit :O pehh..ni baru masuk 2 minggu nanti bila dah berbulan?guane tuu?heih..cabaran pelajar sekolah macam ni lahh :/ nanti hari rabu dapat duit bantuan kerajaan yang rm 100 tu..so,aku ingat nak pakai duit tu lah bayar hutang-hutang.hehe..
ohh..lupa nak bagitahu..saya PENOLONG KETU KELAS :D bangga?actually,dah niat taknak pegang apa-apa jawatan pun..tapi suara siapa entah yang merdu sangat pergi cadangkan nama aku..and cikgu pun setuju -.-" adakah aku bangga jadi penolong ketua kelas?NO!! bila kita orang dah lantik kita untuk menguruskan kelas,tu dah kira amanah..its difficult sebab banyak kerja penolong kena buat..kena penuhkan 'buku biru'..kena selalu masuk bilik guru..bila cikgu takde dalam bilik guru,kenalah tawaf satu sekolah cari cikgu ._. thats tired enough..and the most important kena selalu pastikan 'anak buah' tak ponteng masa ada kelas..kalau tak,gerenti cikgu salah kan ketua dengan penolong..kan kan?
the most unforgettable day aku adalah semalam - 12/1/13 (sabtu) kenapa?begini...
bangun awal pagi sebab nak solat subuh..then baring-baring dekat atas katil kejap..hati cakap "ummi,jangan baring.nanti tertidur.." otak cakap "takkan tidurlah..baring-baring je ni" and secara tak sedar AKU TETIDUR!!!!!bila tersedar dah pukul 7.23pagi???? ya Allah..dah lambat nak pergi sekolah..ada koko...sepantas kilat mandi and terus kejutkan abang tapi tak bangun pun? :O lepas tu baba keluar bilik and cakap "biar baba hantar" nampak baba bawa towel and terkeluarlah soalan yang tak patut ditanya "baba nak mandi ke?" haha..dalam hati cakap "mana sempat kalau macam ni" and tiba-tiba baba jawab "alah.mandi kejap je.." masa nak tunggu baba mandi tu..akutak boleh nak duduk diam..dah macam cacing kepanasan je.. bila baba dah siap mandi baba tanya "dek tiya dah sarapan belum?" ya Allah..lupa nak sarapan..hehe..sarapan kejap and terus gerak pergi sekolah....
******************************************************
bila dah sampai sekolah..cikgu Lim dengan cikgu Zaharah tunggu dekat gate..buat muka comel salam diaorang and terus masuk dewan...semua pelajar dah duduk and at the same time aku mencari mana budak form 5 ni?nampak khadila,terus duduk sebelah dia..cikgu berucap sepatah dua kata..and tiba-tiba cikgu azman announce "siapa yang pakai tudung hitam,sila naik atas pentas" and aku macam :OO "apa?im dead" hahaha..dengan muka yang tak malu terus naik atas pentas and cikgu roshamidi just bagi warning je..Alhamdulillah..tak kena merit pun :)
perjumpaan pertama: Rumah Sukan Lekir....
time ni memang agak crowded sikit sebab perjumpaannya dekat dalam lab physic..kesian adik-adik yang lambat masuk kena berhimpit-himpit dekat barisan belakang tu :/ nama pun mesyuarat agong kan..mestilah cikgu nak pilih siapa jadi pengerusi,naib pengerusi and so on..
PENGERUSI : FIKRI AFIQ
N.PENGERUSI : FATIN NUR NISA'
SETIAUSAHA: UMMI ATTIYA????
once again rasa macam nak tutup muka je ._. bukan malu but as i said before jawatan itu amanah...so, automatically kena salin senarai jawatankuasa and kena tandakan siapa yang datang..banyak kerja kan?? :3
perjumpaan kedua: PBB Pengakap
masa masuk kelas 3jauzi kalau tak silap,aisyah tegur "ehh,ummi kenapa masuk sini?kau bukan PKBM ke?"
aku jawab "tu dulu lah..aku ahli tak aktif so cikgu keluarkan :'/ so aku masuk lah pengakap sebab aku kan dah beli bajunya" masa pilih AJK im glad sebab takde orang sebut nama aku *acah-acah famous..hahaha
tapi sepanjang mesyuarat tu,budak-budak form 4 seriously biadap sangat..bising betul -.- ada ke patut diaorang cakap sorang budak lelaki ni perempuan sebab nama dia nur? -.- pehhh..sabar jelah
perjumpaan ketiga: Kelab Teater
sebelum perjumpaan kelab ni,ada waktu rehat..aku just beli karipap dengan kuih sausage..bungkus bawak masuk dalam kelas..sambil nak tunggu cikgu sampai..aku makan lahh..masa cikgu dah masuk ramai lagi pelajar belum masuk..maybe sesat or tengah makan kot..macam biasa lantik AJK..
PENGERUSI: ZAWAWI
N.PENGERUSI: SITI NAZIHA
SETIAUSAHA: UMMI ATTIYA????
pehhhhhhhhhhhh..mana boleh macam ni -.- cikgu terus bagi buku yang kena isi senarai nama AJK..so aku pun kena lah isi..and cikgu cakap "awak tolong listkan siapa yang datang hari ni okay?" aku pun listkan lah..kalau aku tak tahu nama diaorang,aku pergi meja ke meja and budak form 4 cari pasal..ada ke patut inject air dekat seluar aku -.- aku cakap "asal ni??" *nada marah..aku tengok dia dengan muka yang tak puas hati..lepas tu tiba-tiba dia pegang lengan aku and cakap "alahh sorry lahh" spontan aku elak and cakap "apa pegang-pegang ni??" dia boleh cakap "bukan salah pun..kan berlapis" disebabkan malas nak cari gaduh aku terus pergi dari situ...dalam hati rasa macam nak tembak pakai M16 je -.-
perjumpaan keempat: SDP Bola Keranjang
masa sampai dekat kelas ni,aku sorang je perempuan..yang lain lelaki..aku masuk kelas and letak bag lepas tu keluar pergi tandas..datang balik tengok dah ramai..and tempat sebelah aku still kosong and wany datang terus duduk situ..pelantikan AJK pun bermula..masa nak undi siapa yang jadi setiausaha tu aku lupa siapa yang sbut nama aku -.- and Alhamdulillah aku tak jadi setiausaha lagi..yeay yeay :D haha..masa nak pilih bendahari sebelah petang ada lah sorang adik ni perkenalkan nama dia and cakap "saya taknak pun jawatan ni" pehh..cool gila..jujur je cakap macam tu..haha
lepas tu kumpul dalam dewaa..cikgu berucap sepatah dua kata and terus balik...
panjang sungguh bebelan aku kali ni..haha..saja nak share kehidupan as one of SPM victims :D hahaha
okay..babai..assalammualaikum :)
![]() |
| behind the scenes with naziha : * |
