Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta?tidak.bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia.ingin bercinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia.jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan.oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya.jika salah,masakan Allah mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,dikurniakanNya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.
Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.justeru Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya.peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia khusus para remaja.rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta.di sinilah berlakunya 'cinta terlarang' - yakni cinta yanng menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.
Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah.bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang dari Allah.