Hidupku untuk cinta - masyhur sekali kata-kata yang dianggap keramat itu.padahal,hidup adalah untuk beribadah - mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Besar dan Agung.mana mungkin cinta manusia boleh dijadikan tujuan hidup.Ya memang cinta perlu dalam kehidupan tapi,ia bukan tujuan ia hanya keperluan.tujuan lebih utama darpada keperluan.sebaik-baiknya gunakan keperluan untuk mencapai tujuan.contohnya makan,makan adalah keperluan bukan tujuan.tenaga yang diperolehi daripada makan itu mesti digunakan untuk mencapai tujuan -memudahkan ibadah
Sama juga seperti cinta.cuma cinta itu makanan jiwa.gunakanlah cinta manusia untuk beribadah atau dengan kata yang lain gunakan cinta manusia untuk mendapatkan cinta Allah.jangan sampai keperluan dijadikan tujuan hingga tanpa sedar cinta seolah-olah dianggap sebagai Tuhan.MasyaAllah :/ ia telah jadi 'centre' segala-galanya.nak buat apapun terpaksa merujuk kepada cinta.jika cinta kata OK,apapun sanggup dilaksanakan.hinggakan lautan api (neraka pun?) sanggup direnangi.
Sungguh,tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang.hukumNya dilanggar tanpa rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram hingga menimbulkan fitnah.tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak yang ketiga.malah yang lebih buruk dari itu pun banyak berlaku.semuanya kerana cinta....
Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta.bukankah pada waktu itu kita seolah-olah telah bertuhankan cinta?benarlah firman Allah yang sering meningatkan:
"apakah kamu tidak melihat bagaimana ada manusia yang mempertuhankan hawa nafsunya?" (Al-Jatsiah 45:23)
Racun-racun berbisa yang memusnahkan pohon cinta sejati telah dianggap sebagai baja.akhirnya pohon cinta terlarang pun tumbuh dan akhirnya berbuah.Buah yang pahit,masam dan memabukkan.buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan -bohsia,bohjan,buang bayi dan zina.ketika itu indahkah cinta?