azab tinggalkan solat

hari ini entry untuk kesedaran kita semua :)

Rasulullah swt bersabda :

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”

seksaan dekat dunia :
  1. Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  2. Rezeki tidak diberkati
  3. Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  4. Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  5. Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  6. Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
seksaan semasa sakaratul maut :
  1. Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  2. Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  3. Mati dalam keadaan yang sangat lapar
seksaan dalam kubur :
  1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  2. dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  3. Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyeksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
seksaan semasa hari kiamat :
  1. Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
*semoga kita dapat berubah ke arah kebaikan,insyaAllah ^^